Ahad, 25 Disember 2011

Sumbangan

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi,  tahun ni kita dapat sumbangan RM5000 dari Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom, penaung Admaa. Dengan duit yg kita dapat, kita telah membeli 30 keping mattress untuk kegunaan anak-anak admaa semasa demo dan latihan. Walaupun bilangan ini tidak mencukupi, kita tetap bersyukur dan berterima kasih di atas rezeki ini.

Matress di gelanggang Admaa Gurun


Kami pihak Admaa Gurun ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom atas sumbangan yang telah diberikan. Semoga dengan pembelian ini, pihak Admaa akan terus berkembang. InsyaAllah.

Demo di Shah Alam

Pada bulan Oktober yg lalu, pihak Admaa telah dijemput untuk mengadakan demo di Shah Alam, sempena perkahwinan anak Tuan Haji Mohayaddin (ADMAA KL). Masa dalam perjalanan dari Kedah ke Selangor, cermin van pecah pulak...


 Paklang Adi dengan warga Admaa yg terlibat pada hari itu. 

Terima kasih kami ucapkan pada tuan hj yg sudi menjemput pihak kami ke sana. Kepada semua yg terlibat, terima kasih pihak Admaa ucapkan di atas persembahan yg telah dipersembahkan.  InsyaAllah, lain kali kita akan ke sana lagi..

Selamat Pengantin Baru...

Pada bulan Julai yg lalu, Tuan Haji Awang Daud dan isteri dan keluarga , dengan berbesar hati dan rendah diri telah menjemput semua rakan taulan sanak saudara ke majlis serba meriah kenduri kahwin anak bongsu mereka, Zulkifli dan pasangannya. Semoga ikatan ini dirahmati Allah dan kekal sehingga ke hujung nyawa. Amin.


Wajah gembira pengantin baru 


Sebahagian warga kerja haritu.. terima kasih...
 persembahan dari anak-anak admaa.. tengah panas lak tu...

Wajah-wajah tuan rumah yang kepenatan...
Jikalau ada kekurangan, bg pihak tuan hj, kami ingin memohon ampun dan maaf. dan pada bulan november yg lalu, seorang lagi anak admaa, ehsan telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya. kepada kedua2 pasangan, selamat pengantin baru, semoga kekal ke akhir hayat. amin....

Program Penghargaan Sukan Peringkat Negeri Kedah

Pada 17hb Disember 2011 yg lalu, pihak kita Kelab Seni Mempertahankan Diri Awang Daud, telah menerima sedikit penghargaan dari pihak Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah di bawah kategori persatuan. Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah yg telah memberi penghargaan dan mengiktiraf kami sebagai satu persatuan yang berdaftar.


Tuan Haji Awang Daud sedang menerima replika cek daripada wakil Jabatan Belia


Penerima-penerima anugerah bagi kategori masing-masing


Sebahagian anak-anak ADMAA yang turut memeriahkan majlis tersebut

Semoga kita akan terus berkembang dengan pesat di masa akan datang. InsyaAllah.


bertemu kembali.

assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi atas kurnian rahmatnya dan perlindungan dariNya.

Lama tak update blog ni. byk perkara yg berlaku, sy akan cuba buat satu2 apa yg kita ingat. tapi tak ikut turutan. sy harap pengikut2 ADMAA masih setia bersama kami sbb kami ada byk yg nak di updatekan di sini. stay tune...

Ahad, 24 April 2011

Awang Daud Martial Art Academy, SK Kampung Seberang, Mukah..


video


Dah tunjuk video ni kat Grandmaster, dia sangat berbangga dgn pencapaian anak-anak di sana di bawah bimbingan Ustaz Firdaus. Moga bertambah cemerlang di masa hadapan. Amin.