Ahad, 25 Disember 2011

Program Penghargaan Sukan Peringkat Negeri Kedah

Pada 17hb Disember 2011 yg lalu, pihak kita Kelab Seni Mempertahankan Diri Awang Daud, telah menerima sedikit penghargaan dari pihak Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah di bawah kategori persatuan. Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah yg telah memberi penghargaan dan mengiktiraf kami sebagai satu persatuan yang berdaftar.


Tuan Haji Awang Daud sedang menerima replika cek daripada wakil Jabatan Belia


Penerima-penerima anugerah bagi kategori masing-masing


Sebahagian anak-anak ADMAA yang turut memeriahkan majlis tersebut

Semoga kita akan terus berkembang dengan pesat di masa akan datang. InsyaAllah.


bertemu kembali.

assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi atas kurnian rahmatnya dan perlindungan dariNya.

Lama tak update blog ni. byk perkara yg berlaku, sy akan cuba buat satu2 apa yg kita ingat. tapi tak ikut turutan. sy harap pengikut2 ADMAA masih setia bersama kami sbb kami ada byk yg nak di updatekan di sini. stay tune...

Ahad, 24 April 2011

Awang Daud Martial Art Academy, SK Kampung Seberang, Mukah..




Dah tunjuk video ni kat Grandmaster, dia sangat berbangga dgn pencapaian anak-anak di sana di bawah bimbingan Ustaz Firdaus. Moga bertambah cemerlang di masa hadapan. Amin.

Khamis, 31 Mac 2011

Kemalangan Di Kelantan

 Assalamualaikum, haritu kita pi kelantan, otw nakpi tu, nak stopla sat tepi jalan, sbb jln licin, hujan ... tetiba dlm dah stop tu van naik atas divider dan dumm... TERBALIK!!!.. alhamdulilah semua selamat.. yg tak selamat van ja.. hehhe.. ni pics nya:





Selamat dah crane angkat.. alhamdullilah... boleh teruskan perjalanan....

Isnin, 28 Februari 2011

Cawangan ADMAA- Sarawak

Assalamualaikum,

Untuk perhatian semua, ADMAA sekarang telah melebarkan sayapnya ke Sarawak... Tahniah diucapkan pada Ustaz Firdaus kerana telah berjaya membuka cawangan kita di sana. Majlis pembukaan telah diadakan pada hari sabtu 26hb Februari 2011 jam 8 pg. Gelanggang tersebut di SMKA Igan, Mukah Sarawak.

Bagi yg tinggal berdekatan Mukah, dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang ADMAA blhlah berhubung dgn Ustaz Firdaus di atansedaka@yahoo.com atau berhubung dgn pihak kami di Gurun.

Gambar2 di bawah ini telah di 'copy' dari fb Ustaz Firdaus. Terima kasih dan tahniah sekali lagi dari kami di ADMAA Gurun. Semoga kita bertambah sukses. Amin.