Khamis, 18 Mac 2010

Allahyarham Cikgu Zulkarnain Bin Awang Daud

Assalamualaikum,

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk menulis ruangan ini.

Arwah Abg Zul telah meninggalkan kita pada tahun 2002. Anak kedua daripada 4 beradik ini adalah seorg yg sgt bertanggungjawab, dan disenangi dan disayangi oleh sesiapa shj yg pernah mengenali beliau.

Mungkin jugak ramai yang taktau arwah adalah anak kepada Cikgu Awang Daud...apa-apapun kepada pembaca blog ini, di bawah ini ada beberapa kenangan yang telah ditinggalkan oleh arwah untuk tatapan kita.

Aksi2 arwah Abang Zul ..


Arwah Zulkarnain Bin Awang







Pernah membintangi beberapa filem dan drama .Salah satunya Semutar Hitam


Bersama Abg Bat



Bersama adik tersayang, Cikgu Adi.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.
Al-Fatihah.

16 ulasan:

  1. Al Fatihah .Amin. Only the good die young... Cikgu Adi, teruskan perjuangan.

    BalasPadam
  2. boleh tak masuk kan gambar2 cikgu awang dengan mak su som?? ramai yang nak kenal mereka ni.. dgar cerita mak su son pakar keris?? betul ke?

    BalasPadam
  3. ada tak gambar2 cikgu awang masa muda2 dulu ?? kalu ada tolong la masukkan saya teringin sngat nak tngok..harap tunaikan..

    BalasPadam
  4. salam...Alfatihah untuk arwah...pernah menuntut di bawah tng arwah dulu....tapi rasanya info berkenaan tahun kematian agak kurang tepat kot...? Rasa2 bukan 2002..tapi sekitar 1997...1998...

    BalasPadam
  5. Al-fatihah buat arwah........salam kemaafan buat Adiey..........

    BalasPadam
  6. ARWAH PERNAH BERLAKON DENGAN SIDI ORAZA KAN.DRAMA TU TAJUK APE YE LUPA,TAPI SIDI ORAZA PEGANG WATAK HANG JEBAT,ARWAH SEBAGAI KAWAN BAIK HANG JEBAT.

    BalasPadam
  7. Teringat zaman muda lepak setiap malam di padang Bas bersama arwah. Seorang guru yg baik.

    BalasPadam
  8. Al-Fatihah buat arwah, bila tengok gambar2 ni, teringat pulak zaman dulu bersama arwah.

    BalasPadam
  9. Pelakon dan pesilat yang disegani dan sukar untuk dicari ganti bakatnya.saya sangat meminati watak silat yang dibawanya.Tak sangka pula hero yang saya cari dah lama meninggal kan kita semua..Alfatihah...

    BalasPadam
  10. Assalaamu'alaikum semua, saya terpanggil untuk menceritakan segalanya. Ianya berlaku pada waktu malam tahun 1998/99. Waktu itu kami bertiga (Arwah Abg Zul, Abg Kasturi & Saya) baru balik dari mengajar silat di UiTM Merbok, Kedah. Kami bertiga menunggang motosikal masing2. Ketika itu arwah Abg Zul didepan, Abg Kasturi di tengah dan saya dibelakang. Sebaik tiba dihadapan sebuah sekolah, arwah telah memotong sebuah kereta dan dalam masa yang sama juga ada sebuah motosikal datang dari arah depan (ditunggang oleh org cina) juga sedang memotong sebuah kereta dengan lajunya. Dengan sepantas yang boleh, arwah cuba mencelok masuk ke sebelah kiri secepat mungkin tapi malangnya motor dari depan tadi terlalu laju dan tidak sempat untuk mengelak handle motor arwah dibahagian kanan (arwah tunggang motor besar mcm harley davidson) dan membuatkan arwah melambung dan berpusing keudara setinggi 3 meter, cina tadi tu mati kat situ juga. Motor arwah telah menghempap arwah, Abg Kasturi terus lompat dari motornya dan berlari ke arah arwah. motor arwah terus meleret jauh 20meter, ketika itu saya lihat arwah sedang nyawa2 ikan sambil dipangku Abg Kasturi.... dan... dan... (maaf, saya tak sanggup utk terus menceritakan pengalaman yang berlaku didepan mata saya ini lagi, cukup setakat ini). Sejak kejadian itu saya tak aktif lagi bersilat sehinggalah sekarang 2011... Abg Zul, saya hadiahkan Al-Fatihah & Al-Ikhlas buat Abg Zul disana. Dengan izin Allah, kita jumpa di akhirat kelak... Amin!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam.. Mungkin cikgu tidak ingat akan saya lagi, tapi pad asaya cikgu bertiga terus terpaht dihati ini sampai mati.. Saya slah seorang anak murid dari Gelanggang MAsjis Al-Wajidi Bukit Selam.. Dah lama kami mencari cikgu syed tapi hilang tanpa petunjuk.. kalau cikgu x keberatan tolong add saya di fb.(helmi ibrahim) harap kita dapat berjumpa

      Padam
  11. al fatihah,bakal pengganti eman manan dalam dunia filem aksi seni beladiri telah pergi menyambut panggilan ilahi,moga rohnya tenang di alam baka

    BalasPadam
  12. Paling tepat adalah pada tahun 1999.Pak ngah yg paling baik..Xkan lupakn pak ngah.Masa kecik2,sll tgk pak ngah cuci moto dia.Pak ngah juga sgt peramah.Tiada gantinya..

    BalasPadam
  13. Saya sering melihat kelibat Allahyarham bersama motosikalnya ala ala Harley sewaktu saya masih menuntut di IKM Sg. Petani.

    BalasPadam
  14. Arwah mmg idola pada saya dalam persilatan .kelibat arwah di layar sentiasa mencuri perhatian saya..kagum. Selain arwah ialah juga Abang Jebat juga(kini ayahanda paduka Jebat). Mereka cukup mantap dan jadi bualan dalam Persilatan. Kau gayung aku pun gayung

    BalasPadam