Isnin, 21 Disember 2009

Bersama Geng Modenas

Assalamualaikum semua,
Dah lama tak menulis... maaf sibuk sket. anyway, beberapa bulan kebelakangan ini, para jurulatih kami telah start melatih pelatih2 baru yg terdiri dari kakitangan MODENAS dan juga anak2 mereka.



Bersama jurulatih-jurulatih ADMAA




Masa utk berlatih memahirkan diri...




Kelas diadakan setiap hari jumaat ptg dan hari sabtu pagi (utk kanak2). Yuran yg dikenakan sebanyak RM15 seorang bagi dewasa, kanak2 RM10 sebulan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Cikgu Adi di talian : 012-5963587 atau Ustaz Nabil 013-4197303.










Rabu, 2 Disember 2009

Hari Raya AidilAdha 2009

Daging sedang dimuatkan ke dalam kereta

Selamat Hari Raya... Moga korban-korban yg ditunaikan mendapat keberkatan Allah. Kami pihak ADMAA gurun ada gak buat korban, pada raya keempat (1/12/09).. Semua geng2 ADMAA gurun telah bertungkus lumus menolong Toksu. Terima kasih pada semua yg terlibat. InsyaAllah tahun dpn, panjang umur murah rezeki kita buat lagi. Amin...




Proses melapah daging sedang diusahakan


Rabu, 4 November 2009

Bersantai sambil mencari ilham..Part 2






ni gambar2 pemancing pro kami dari gurun..zariq dgn tangkapan pertamanya..(selepas brapa jam zariq??..:) )

ni pulak pemancing yang gembira dgn hasil tangkapan ....









dan lagi..






dan hasilnya....

Bersantai sambil mencari ilham...




Assalamualaikum.. kelmarin 3/11/09 agak2 jam 2 ptg, kami pi memancing kat segantang garam.. perjalanan dgn bot mengambil masa 10 minit dari jetty nak sampai le sangkar ikan milik pakcik Ali.



Yang pegi kali ni, Cikgu Adi,Adik Azam, Syawal,Naim,Wan , Abang Ekram dgn Zariq..


Pemenang pemancing terhandal kali ni dapat kat Syawal (ataupun Wan?) taktaulah mana satu.. pada zariq.. cubalah lagi ya.. Tapi jgn ingat dia tak dapt.. sekoq pun jadilah kan.. heheh :)..lain kali kita pi lagi ya... ni gambar syawal dgn wan in action..

Selasa, 3 November 2009

Persembahan di Alor Setar (Open Hse raya)

Hero2 Bergambar dgn Cikgu Adi




*VVIP*




Sempat lagi berposing






3/10/09 - 9.00 mlm.. satu persembahan telah diadakan atas jemputan syarikat dari kuala lumpur. Semuanya berjalan lancar.. lepas show apalagi.. makan time.. (gambar blurr sket.. lapaq ka ketaq?) ;)

Tok Guru...


gambar ni diambil masa Cikgu Majid buat open hse raya haritu..

cuti- cuti di salak denai



masak apa ni????



og: hangit pun hangitlah.. lapaq ni...
Chaie: awat kaler mcm penah tgk?..hahaha
tukang masak muka serius.. tahan lapaq..


Hero hindustan..








latihan, demo, mengajar.. semuanya meletihkan... kdg2 tu naklah jugak bercuti dak ? ramai gak yg pegi, tapi masa ambik gambar tah mana hilangnya...

Isnin, 2 November 2009

Demo di Modenas Gurun

Pihak ADMAA telah dijemput utk membuat demo di MODENAS baru2 ni... sblm tu pihak modenas dah jumpa dgn cikgu Awang utk berbincang ttg mengajar peserta2 baru yg berminat untuk menyertai ADMAA.

Sebelum demo diadakan hanya beberapa org sj yg telah mendaftar, tapi selepas demo, alhandulillah jumlah peserta meningkat. Sessi latihan diadakan setiap Jumaat petang dan sabtu pagi. Tenaga pengajar? Mestilah Cikgu Adi, syawal, nabil, naim, zariq dan chop.

Terima kasih diucapkan kepada staf2 MODENAS, Gurun atas sokongan yang diberikan.

Malam Jumaat - Latihan di Gelanggang Gurun

Anak2 kecil sedang mendgr penerangan

maaf sebab lama dah menyepi. Sibuk sikit dgn aktiviti2 yang dijalankan. Latihan di gelanggang gurun diadakan setiap hari jumaat mlm sabtu bermula jam 8.30 mlm sampai 12.30 mlm. Latihan dipecahkan kepada 2 kategori, kanak2 dan dewasa. Yuran yg dikenakan bagi :
kanak2 pendaftaran RM15, bulanan RM10.00 dan bagi dewasa pula RM30 untuk pendaftaran dan RM15 utk bulanan.



kepada sesiapa yang berminat, blh la hubungi cikgu adi (012-5963587) atau cikgu nabil (017-5500694).


Logo Asal ADMAA - Kelantan


nilah logo yang masih ada di dinding pusat latihan ADMAA yg telah dikendalikan oleh arwah abg zul, dan dibantu oleh abd adi dan rakan2 nya..

Isnin, 8 Jun 2009

Demo di sekolah...



Ni masa buat demo kat sekolah Kota, Kedah pada 19/02/2009.

pelapis-pelapis ADMAA gurun


Ni gambar bebudak silat yg aktif buat demo di sana-sini.. hensem dak? hehehe. Ni masa diaorang buat penggambaran filem untuk astro. kat Sg Perigi Yan..

Sabtu, 6 Jun 2009

Demo di Dewan Modenas

Harini ada demo kat dewan Modenas... Budak2 semua dah bersedia... kita tgk nanti mcmana diaorg perform.. ni demo utk org kawin.. kalau ada yg berminat blhlah contact kami utk reservation...gambar demo akan di update nanti ya..

Rabu, 3 Jun 2009

Asal-usul ADMAA

Gelanggang Pusat ADMAA.
ADMAA telah ditubuhkan pada tahun 1992. Ketika itu ia berpusat Kota Bahru, Kelantan.
ADMAA telah bergerak aktif dan mempunyai ahli berdaftar seramai hampir 800 orang ketika itu.

Cikgu Awang yang ketika itu dibantu oleh Allahyarham Zulkarnain dan Cikgu Adi (anak-anak beliau ) telah berjaya menyusun dan mengembang ADMAA ke seluruh negeri Kelantan. Sambutan dari masyarakat Kelantan amat mengalakkan sehingga mendapat perhatian dari Kerajaan Negeri dan Pihak Istana.

ADMAA telah beberapa kali dijemput mengadakan demostrasi oleh Pihak Istana dan mendapat pengiktirafan dari Kerajaan Negeri.
Pada Januari 2004, hasil usaha gigih Grandmaster Awang Daud berjaya mengorak langkah dengan membuka cawangan di Kuala Lumpur, Kelantan, Kedah dan Perak. Dengan dibantu oleh beberapa murid lama beliau, Kuala Lumpur bakal menjadi pusat pentadbiran dan pengembangan.

Grandmaster Awang Daud telah mengariskan objektif utama penubuhan ADMAA
· Untuk berkongsi falsafah Seni Beladiri itu sendiri
· Untuk menyemai nilai murni dan persaudaraan
· Untuk mendidik minda dan jiwa yang peka kepada persekitaran
· Untuk kesihatan fizikal dan mentalSilibus dan Sistem Ujian (Talipinggang)

(sumber dari awangdaud.com)

Penyertaan Anda di Alu-alukan

Assalamualaikum,

Sebagai permulaan, sy mengalukan2 komen anda dan juga cadangan untuk memperbaiki blog kita ini. Saya akan cuba sedaya upaya utk update anda semua ttg ADMAA.