Isnin, 8 Jun 2009

Demo di sekolah...



Ni masa buat demo kat sekolah Kota, Kedah pada 19/02/2009.

pelapis-pelapis ADMAA gurun


Ni gambar bebudak silat yg aktif buat demo di sana-sini.. hensem dak? hehehe. Ni masa diaorang buat penggambaran filem untuk astro. kat Sg Perigi Yan..

Sabtu, 6 Jun 2009

Demo di Dewan Modenas

Harini ada demo kat dewan Modenas... Budak2 semua dah bersedia... kita tgk nanti mcmana diaorg perform.. ni demo utk org kawin.. kalau ada yg berminat blhlah contact kami utk reservation...gambar demo akan di update nanti ya..

Rabu, 3 Jun 2009

Asal-usul ADMAA

Gelanggang Pusat ADMAA.
ADMAA telah ditubuhkan pada tahun 1992. Ketika itu ia berpusat Kota Bahru, Kelantan.
ADMAA telah bergerak aktif dan mempunyai ahli berdaftar seramai hampir 800 orang ketika itu.

Cikgu Awang yang ketika itu dibantu oleh Allahyarham Zulkarnain dan Cikgu Adi (anak-anak beliau ) telah berjaya menyusun dan mengembang ADMAA ke seluruh negeri Kelantan. Sambutan dari masyarakat Kelantan amat mengalakkan sehingga mendapat perhatian dari Kerajaan Negeri dan Pihak Istana.

ADMAA telah beberapa kali dijemput mengadakan demostrasi oleh Pihak Istana dan mendapat pengiktirafan dari Kerajaan Negeri.
Pada Januari 2004, hasil usaha gigih Grandmaster Awang Daud berjaya mengorak langkah dengan membuka cawangan di Kuala Lumpur, Kelantan, Kedah dan Perak. Dengan dibantu oleh beberapa murid lama beliau, Kuala Lumpur bakal menjadi pusat pentadbiran dan pengembangan.

Grandmaster Awang Daud telah mengariskan objektif utama penubuhan ADMAA
· Untuk berkongsi falsafah Seni Beladiri itu sendiri
· Untuk menyemai nilai murni dan persaudaraan
· Untuk mendidik minda dan jiwa yang peka kepada persekitaran
· Untuk kesihatan fizikal dan mentalSilibus dan Sistem Ujian (Talipinggang)

(sumber dari awangdaud.com)

Penyertaan Anda di Alu-alukan

Assalamualaikum,

Sebagai permulaan, sy mengalukan2 komen anda dan juga cadangan untuk memperbaiki blog kita ini. Saya akan cuba sedaya upaya utk update anda semua ttg ADMAA.