Rabu, 10 Mac 2010

KELAB SENI MEMPERTAHANKAN DIRI AWANG DAUD

Dengan bangganya kami mempersembahkan Perakuan Pendaftaran

KELAB SENI MEMPERTAHANKAN DIRI AWANG DAUD

Birthday lagi....

Selamat Hari Lahir Chop!!!... Sebenarnya hari jadi chop 5hb mac, tapi kami blh sambut cuma pada 7hb Mac, sebab semua orang sibuk dgn majlis. Sorry Chop... bkn lupa tau...

Ni kek yang disponsor oleh ADMAA

Mendapat pelukan dari Grandmaster

Potong elok sikit chop...

Ramai gak yang mai..

yang blkg ni kalut nak bergambaq.. yg depan kalut nak makan ;)

"Chop ni suap isteri aku saja ka... aku dak pun??"
Alang kat belakang sampai ternganga..


Uish.. lega aih dia suap aku jugak... heheheh


Chop dimandikan tepung oleh Fitri...
Semoga panjang umur murah rezeki Mohd Yusof Bin Abd Kadir...

Mesyuarat Agong Perlantikan Jawatankuasa

Assalamualaikum,
Pada 6hb Mac 2010 jam 5ptg, satu mesyuarat perlantikan ahli jawatankuasa dan membincangkan isu-isu berkaitan dgn kelab telah diadakan di Gelanggang Gurun. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh pengerusi sementara, En Aziz Bin Din dan di bawah pemerhatian Cikgu Awang Daud dan Tuan Hj Muhayuddin (ADMAA KL). Segala minit mesyuarat di rekodkan oleh En.Mukhlas.
Untuk pengetahuan semua ADMAA (Gurun) kini juga dikenali sebagai KELAB SENI MEMPERTAHANKAN DIRI AWANG DAUD (ADMAA).

Penaung / Penasihat ADMAA, Tuan Hj Awang Daud sedang berucap

"Dengan ini kita melantik Cikgu Adi sebagai pengerusi kita, semua setuju?"
Ahli-ahli ADMAA yang hadir


Kusyuk mendengar penerangan dan perbincangan

Pemilihan jawatankuasa sedang dijalankan

Ahli-ahli yang berpuas hati dengan keputusan pemilihan

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun cuaca petang tu sangatlah panas...:)