Rabu, 10 Mac 2010

KELAB SENI MEMPERTAHANKAN DIRI AWANG DAUD

Dengan bangganya kami mempersembahkan Perakuan Pendaftaran

KELAB SENI MEMPERTAHANKAN DIRI AWANG DAUD

Birthday lagi....

Selamat Hari Lahir Chop!!!... Sebenarnya hari jadi chop 5hb mac, tapi kami blh sambut cuma pada 7hb Mac, sebab semua orang sibuk dgn majlis. Sorry Chop... bkn lupa tau...

Ni kek yang disponsor oleh ADMAA

Mendapat pelukan dari Grandmaster

Potong elok sikit chop...

Ramai gak yang mai..

yang blkg ni kalut nak bergambaq.. yg depan kalut nak makan ;)

"Chop ni suap isteri aku saja ka... aku dak pun??"
Alang kat belakang sampai ternganga..


Uish.. lega aih dia suap aku jugak... heheheh


Chop dimandikan tepung oleh Fitri...
Semoga panjang umur murah rezeki Mohd Yusof Bin Abd Kadir...

Mesyuarat Agong Perlantikan Jawatankuasa

Assalamualaikum,
Pada 6hb Mac 2010 jam 5ptg, satu mesyuarat perlantikan ahli jawatankuasa dan membincangkan isu-isu berkaitan dgn kelab telah diadakan di Gelanggang Gurun. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh pengerusi sementara, En Aziz Bin Din dan di bawah pemerhatian Cikgu Awang Daud dan Tuan Hj Muhayuddin (ADMAA KL). Segala minit mesyuarat di rekodkan oleh En.Mukhlas.
Untuk pengetahuan semua ADMAA (Gurun) kini juga dikenali sebagai KELAB SENI MEMPERTAHANKAN DIRI AWANG DAUD (ADMAA).

Penaung / Penasihat ADMAA, Tuan Hj Awang Daud sedang berucap

"Dengan ini kita melantik Cikgu Adi sebagai pengerusi kita, semua setuju?"
Ahli-ahli ADMAA yang hadir


Kusyuk mendengar penerangan dan perbincangan

Pemilihan jawatankuasa sedang dijalankan

Ahli-ahli yang berpuas hati dengan keputusan pemilihan

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun cuaca petang tu sangatlah panas...:)

Selasa, 9 Mac 2010

Wajah2 kebanggan ADMAA Gurun...


Bergambar bersama Grandmaster dan isteri, orang kuat PESAKA & ADMAA
Jurulatih2 kami ( x termasuk yg kecik tu, ;p)


( Alang pasaipa muka mcm tuh?:))..syg firdaus takdak dalam gambar...)


Isnin, 8 Mac 2010

Kursus Bengkong Putih Modenas - 20hb & 21hb Feb 2010

Kursus Bengkong Putih untuk pelatih2 modenas telah diadakan pada 20 & 21hb Februari 2010 bertempat di Dewan Modenas, Gurun. Seramai 20 orang pelatih telah mengambil ujian di bawah pengawasan Cikgu Adi dan 11 orang jurulatih ADMAA.



Inilah barisan jurulatih2
(penjaga gelanggang susah hati di belakang, takut semak..:))

Seperti biasa sebelum start, warm up dgn buat gerakan dulu.. :)

Alamak terjatuh pulak...

nah ambik...

Macam ni bang..
Grandmaster diapit oleh bonzer2.. :p
Mendengar penerangan dari Cikgu Adi & Cikgu Awang


Perbincangan serius Grandmaster dgn Cikgu Adi

Grandmaster bagi taklimat

Chaei ketaq kena buat demo dgn Grandmaster

Jurulatih bergambar dgn Grandmaster

Semua bergambar sebelum bersurai...

Tamat sudah kursus kali ni.... boleh balik rehat....

Selasa, 2 Mac 2010

Upacara Penyampaian Bengkong dan Perasmian

Assalamualaikum,

Kepada sesiapa yang membaca blog ini dijemput hadir ke Gelanggang ADMAA di Kg Sg Ibor pada 6 hb Mac 2010 jam 9 malam.

Sebenarnya semuanya bermula pada 5/3/2010. siang tu ada mesyuarat agong dan ujian tali pinggang hijau, mlm pulak ada upacara mandi minyak.

pada 6/3 , siang ada ujian tali pinggang putih dan merah. Mlm akan diadakan perasmian Kelab Seni Mempertahankan Diri Awang Daud dan juga upacara penyampaian bengkong kepada pelatih2 yang berjaya dalam ujian.

Utk keterangan lanjut blhlah hubungi pihak kami di talian : 012-5963587 (cikgu adi) atau Ustaz Nabil ( 013-4197303). Kalau ada yang berminat untuk nak sponsor apa2 atau nak bagi sumbangan bagi menjayakan majlis ini juga blh menghubungi kami di talian di atas atau emel kepada : noorliza_ali@yahoo.com. Terima Kasih.

Khamis, 11 Februari 2010

Makan- makan...

Pada 6/2/2010 yg lps, geng2 ADMAA berkumpul kat Restoran Pucuk Rebung untuk makan2.
Itu first time diaorang pi makan kat situ, terus hujan lebat mlm tu... hehehe.. ni gambaq2 nya...


Sebelum makan.. Mat Jan, Nabil,Syawal,OG, Zarik & Mamu

Lepas doa terus makan..Chop tak sabaq nak terkam apa taktau..


Cikgu Adi.. tu dia lengan...

Chop makan sampai tak sedaq apa atas kepala
G pulun sampai x sedaq orang ambik gambaq..

Ustaz control nak masuk blog ni...

Apa lagi Fitri ... tak cukup lagi ka sebelah sana...

Rupanya ada kek mlm tu... Terima Kasih buat semua ...