Sabtu, 25 Disember 2010

Kenduri Doa selamat & ucapan terima kasih

Assalamualaikum,

Pada 8/12/10 yg lalu, Grandmaster dan isteri (mak som) telah mengadakan kenduri tanda terima kasih dan bersyukur krn kursus tlh berjalan dgn lancar. Semua ahli jawatankuasa, sukarelawan2 dan jurulatih2 telah dijemput ke kenduri yang tak seberapa ini.. selamat menjamu selera...


turut dirai, pengantin2 baru... dua orang ustaz bersama isteri masing2..




Terima kasih pada abang-bang modenas kita sebab sudi hadir ...

Rabu, 22 Disember 2010

Team ADMAA Kursus Jatidiri 2010

Terima kasih kepada yang telah banyak membantu menjayakan kursus yang telah diadakan di Dewan Sukan Modenas. Kepada yang tiada dlm gambar ni.. terima kasih juga, minta maaf kami ambik gambar ni pun dah lewat dah.. semua letih...

TV3 lawat Gelanggang ADMAA Gurun...

Salam,
Pada 6hb November yang lalu.. team dari TV3 buat penggambaran di Gelanggang Gurun. Untuk rancangan apa? nanti kita bagitau... tunggu kemunculan Grandmaster di TV3 lak... ehem,ehem..

Rabu, 1 Disember 2010

Koleksi ADMAA untuk dijual

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Bawah ni ada brg2 koleksi ADMAA untuk dijual.. kalau ada sesiapa yg berminat nak order sila hubungi paklang ADI atau pm ke facebook admaa gurun. tq...

Key Chain RM3.00

T-Shirt latihan RM20

pandangan belakang


Jersey RM35.00 (depan)


Jersey RM35.00 (belakang kosong)


Jersey warna putih - Rm35.00


Pen ADMAA - Rm2.00

Akhbar SINAR Edisi Utara - 1/12/2010


Jumaat, 15 Oktober 2010

PENGUMUMAN PENTING

Assalamualaikum,

Pihak ADMAA Gurun akan mengadakan kursus untuk anak2 yatim Rumah Budi Yan dan pelatih2 dari sek2 yang mengambil bahagian pada penghujung bulan November 2010.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menderma bagi anak2 yatim, sila hubungi paklang Adi atau blh email ke noorliza_ali@yahoo.com. Semua wang kutipan akan disalurkan untuk kegunaan anak2 yatim yan. Resit akan diberikan kepada semua penderma.

Semoga Allah memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada semua penyumbang dan penderma. Amin.

Rabu, 21 Julai 2010

Biskut Raya & Kek Lapis untuk Hari Raya

Assalamualaikum,
Sempena dgn Hari raya yg bakal menjelang tak lama lagi pihak ADMAA Gurun ada mengadakan jualan biskut raya dan kek lapis untuk tempahan dan jualan. Sebahagian dari hasil jualan akan digunakan untuk buat kenduri tahlil dan juga akan disalurkan kepada pihak2 yg memerlukan. Jadi apa kata kita sama-sama membantu ahli2 ADMAA Gurun untuk beramal dan mencari sedikit rezeki di bulan yang mulia ini.

Biskut Sarang Semut = RM20.00 (50 biji)

Kek Lapis Hawflakes - RM 23.00


Kek Lapis Cocoberry - RM22.00 sebiji.

Kek Lapis Impiana - RM22.00 sebiji

Kek Lapis Pandan Blueberry - RM23.00 sebiji
Tempahan hanya akan dibuka sehingga 8.8.2010 bagi kek lapis. Untuk tempahan sila hubungi kami di admaa_gurun@yahoo.com. Terima kasih.